Monday, 26 September 2011

Perpuluhan


PERPULUHAN

  • Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas.
  • Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan.

 a. Penambahan nombor perpuluhan

     Seperti biasa, aktiviti penambahan di mulai dengan nombor yang paling kanan dan bergerak kepada lajur sebelah kiri.



Penambahan nombor perpuluhan yang tidak sama rata
Jika nombor anda menambah tidak mempunyai jumlah yang sama digit ke kanan titik perpuluhan, anda masih perlu menyusun titik perpuluhan dalam satu garisan lurus sebelum menambah. 




b. Penolakan Perpuluhan

     Mengurangkan perpuluhan melibatkan langkah penyusunan nombor sama      seperti aktiviti penambahan perpuluhan. Perkara yang paling utama ialah memastikan titik perpuluhan berada dalam satu garisan yang lurus. 
     



c. Pendaraban Perpuluhan
     Mendarabkan nombor perpuluhan tidaklah sesukar yang disangka. Apa yang 
penting adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh diabaikan terlebih
dahulu sebelum operasi pendaraban di lakukan dan mengetahui cara meletakkan semula titik perpuluhan pada tempatnya.

Contoh :
0.2 x 6.03=?

Langkah 1 :Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat.  

2 × 603 = 1206 

Sekarang, kita semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.mempunyai satu tempat perpuluhan dan 6.03 mempunyai dua tempat perpuluhan menjadikan tiga tempat perpuluhan semuanya. Jadikan 1206 kepada nombor yang mempunyai tiga tempat perpuluhan dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula dari kanan nombor.

= 1.206


d. Pembahagian Perpuluhan
    Untuk membuat pembahagian perpuluhan, kita perlulah menukarkan pembahagi kepada nombor bulat terlebih dahulu.

Contoh:
                                  0.58 / 0.2 = ?

Jalan penyelesaian: (0.58 x 10 ) / (0.2 x 10)
                                 = 5.8 / 2
                                 = 2.9
                       
                              


Lihat juga:

6 comments: